Facebook to Al-Quran?Aku boleh ke?BOLEHLAH:-)

Tuesday, September 14, 2010

Aku bersyukur ke atas limpah kurnia-Nya, kerana dengan ihsan dan inayah-Nya, barulah aku punya peluang untuk membuat entry baru blog rshahredza.blogspot.com ini. Sebenarnya, aku pun dah lama terfikir nak post ape. Suddenly, ade tajuk yang seronok untuk dikongsi bersama. Dalam bbrp hari lps,pkl 7 pg, ade siaran pasal mengaji. Ya Allah, memang sedap la die ngaji. Kalau nk dibanding dengan aku, memang beza macam langit dan bumi. Bacaannya, dengungnya, tajwidnya, mmg jelas. Sangat sedap k! Semasa membaca itu, ade seorang Naqibah yang memeriksa bacaan adik nie, mmg lg hebat lar. Suddenly, Naqibah nie tanya

Naqibah:- adik suke x dengan facebook
Muslimah Cilik:- dulu suke,skrg nie da tukar, face-QURAN

Itu dia, terkena aku disitu. Bagusnya budak nie, dalam umur sebegitu dah berfikir macam tu. Aku yang hampir 24 nie? Dari sini, apa benda baik yang aku ambil ialah menukarkan minat kita dalam menyumbangkan kita di akhirat. Jadi, aku mahu membaca Al-Quran dengan lebih kerap lagi. Tilawah (Membaca) dan Tadabbur (Memahami) ayat Al-Quran. Indahnya. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, aku dah mula merasainya. Terima kasih Allah s.w.t

Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.

Shah Redza Rosli

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP