Penat seorang insan bernama ayah

Wednesday, November 25, 2009

Alhamdulillah,saya selamat sampai di sabah.Wahh,memang sangat seronok.Lepas da dekat setahun setengah tak balik, tlepaslah juga rindu kt keluarga. Memang sangat seronok:). Kalau difikir-fikir, saya rasa macam tak sanggup nak balik, sebab ingatkan komitmen sebagai Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM). Diimbas kembali, pada penggal pertama saya memegang jawatan pada sesi 08/09, saya telah menghabiskan masa saya di UniKL MFI. Ingin nak balik, tapi memikirkan tanggungjawab yang diterima, saya tangguh niat sehinggalah ke saat ini. Sesampai saja disini, saya di sambut dengan senyum yang dirindui iaitu emak, sarah dan jaja. Saya membawa kesemua bagasi saya sambil dibantu oleh mereka.Bila sampai di kereta, terlihatlah satu wajah insan yang kusam, penat, tetapi dengan sedikit coretan senyuman meraikan kepulangan saya, itulah, Ayah. Ayah,terlihat di raut wajahnya kepenatan, yang tak boleh digambarkan hanya demi mendapatkan rezeki untuk keluarganya yang tersayang. Terlalu banyak kepahitan yang telah dilalui oleh Ayah, selama membesarkan anak-anaknya yang terlalu banyak kerenah dan perangai. Saya masih ingat lagi, betapa kami dihimpit kesusahan selepas kejatuhan kolej ayah pada tahun 2003,namun,ketabahan dan kesabaran beliau dalam memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sepatutnya tidak pernah diabaikan. Sehinggalah sekarang, beliau masih tegar, kuat, dan sangat tabah.. Ya Allah, andainya Engkau letakkan aku di tempat ayah ku, entahlah, tidak aku mampu tertanggung beban yang dihadapinya. Aku tahu, diri aku ini terlalu kedil dalam menghadapi ujian-ujian yang telah engkau berikan kepada ayahku. Namun, ku berdoa pada-Mu, berikanlah ayahku kekuatan, dan limpah rezeki kurniamu,agar penat dan lelahnya terbalas dengan limpah rezeki-Mu. Berikanlah hati-Nya kelembutan dalam mencari rezeki ini sabagai ibadah dan amalannya,semua-Nya kerana mu, Ya Allah, Ar-Rahman Ar-Rahim.
Hargailah seorang insan yang bernama ayah. Shah Redza sayang Rosli Othman,Abang sayang Ayah.

"Orang yang terkuat disisi Allah adalah orang yang boleh menahan nafsu dan sifat amarahnya"

0 komen:

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP