"Saya Suka McD. Serius. Saya Suka ia."

Thursday, June 28, 2012

Ini kenyataan “Berani Mati”. Okay. 


Saya Suka McD. Serius. Saya Suka ia. [Kredit]

Saya tidak akan lupa betapa nikmat dan sedapnya Mc- Ayam, Mek-Burger dan segala macam Mek yang melelehkan air liur itu. Belum di kira lagi dengan Mek-Kentang Goreng yang terasa kentang itu. ( Memanglah kentang rasa kentang kan? Haha~~), di campur pula dengan Lada Sulah (baca: Black Pepper) dan Sos Mek-D, “eee, sedapnya”!! Sehingga pernah suatu ketika dahulu, bersahurkan Mek-D (Tepuk Dahi).

Tetapi,

Adik-adik, Abang-abang, akak-akak,
Sebelum anda keliru,saya ingin tegaskan, itu “Dulu”.
Semenjak tahun 2010 sehinggalah sekarang, saya sudah tidak ada sebarang keinginan lagi untuk membeli McD. Kenapa? Kerna

 “ Saya Benci McD. Serius. Saya Benci ia”[Kredit]

Sebenarnya, dulu saya juga pemakan Mek-D yang tegar. Pantang berjalan-jalan di pasaraya beli dan belah, tetaplah Mek-D menjadi pilihan utama. Benarlah tarbiyyah yang menyeru kepada Allah melenyapkan rasa itu.(Betul nih). Untuk menyokong kenyataan saya yang saya rasa sangat bergaya ini(kenyataan okay,bukan empunya blog. ehem) , saya ingin kemukakan beberapa hujah yang kacak. Hujah yang akan membuatkan anda tersepit lagi terhimpit sehingga terpaksa keluar kenyataan "biasa" sebegini:-

“Alah, nanti kesianlah orang-orang Mek-D, tak bantu melayulah hei!”

Bila kenyataan begini terkeluar, hujah saya 

“Mek-D bagi rezeki ke, Allah yang bagi rezeki? Carilah kerja lain sayang oi. Tak nak terima jugak? Jadi, Saya berlepas diri dari anda yang gila Mek-D.”. Ops.

 
Pertama (Dalil Al-Quran: AL Hadith dan Mutiara Kata Syuyukh Peringkat Atok Atromen)

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi...” (QS Al-Baqarah [2]:168)

Saya ingin tekankan, saya tidak pernah kata Mek-D ini haram. Selagi ada cop JAKIM terpampang besar di Mek-D, insyaALLAH diyakini untuk ditelan. Di dalam surah Al-Baqarah, syarat pertama ialah Allah menekankan untuk kita manusia (merujuk kepada semua tanpa mengira agama) untuk memakan benda yang halal iaitu yang disembelih dengan mengikut syariat islam. Tetapi, syarat kedua barulah menyentuh kepada “Lagi baik”.

Persoalan saya disini. Benar Mek-D Halal. Tetapi adakah “ia BAIK” untuk kita? Hoho~~ saya ada jawapannya di hujah yang ke-empat. Baca sampai habis lu.

Mutiara kata dari Syuyukh peringkat Atok Atromen,
Kata Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, antara perkara yang mencelakakan adalah “Hawa Nafsu yang diperuntukkan”. Tipulah kita tiada nafsu. Tetapi kita perlu sentiasa sedar,  nafsu kita selalu meminta. Saya andaikan sebegini:-

“Hello brother, wa haus bro. Tak kan nak bagi air kosong jer. Air sirap satu!!!”

Walhal air kosong pun dah cukup untuk menghilangkan dahaga kita. [Kena kepala sendiri. Adeh].

Jadi Bro, apa kaitan Mek-D dengan hawa nafsu yang diperuntukkan? Lu jangan pandai-pandai bro. Belajar agama tak tinggi, ada hati nak dakwah gua?

Eh Hello Brother, sila rujuk kepada hujah saya yang kedua dan ketiga dulu. Baru kita citer.

Kedua: (Kaitan Mek-D dengan Zionis.)

McD merupakan rakan karib kepada Dana Bersatu Yahudi (Jewish United Fund) dan Persekutuan Yahudi (Jewish Federation), yang mana kedua-dua badan ini adalah antara organisasi yang terkedepan dalam mendokong ideologi Zionis. Dana Bersatu Yahudi menyumbangkan $1.3 juta setiap tahun tanpa gagal kepada Israel untuk pembangunan dan penempatan Yahudi di Kiryat Gat - tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin, al-Manshiya dan al-Faluja pada tahun 1949.”-Petikan dari aktivis Palestin, Aiman Khairul Azzam

 Oh, pedasnya ayat di atas. 

Agaknya, 1.3 juta yang terlabur untuk mendokong idealogi zionis ini, tersisip duit-duit kita yang tersalur kepada Mek-D? [Mula berpeluh]

Ketiga: Membunuh dengan kekenyangan lagi gembira

Oh, Maaf ya pak. Kenyataan ini sememangnya “sarkastik”, tetapi sedarlah:-

Ramainya mereka yang beratur dengan senyuman yang gembira lagi riang ria menunggu giliran untuk membeli peluru tanda kasih sayang kepada saudara di Palestin. [Erk].

Dengan hanya membeli hidangan Ceria [English: Happy Meal], anda mampu tersenyum dengan kelazatan yang sebentar, mengisi perut yang meronta, tetapi Brother dan Sisters kita di Palestin juga tersenyum syahid kerna termakan peluru yang anda salurkan “DANA”nya. [ Mengalir air mata.]


Keempat: Bahaya terhadap kesihatan

Okay. Saya perlu bersetuju dengan ini. Bukan sekadar Mek-D, tetapi juga KFC, RFC, Pizza Hut, Mee Chenta, Malaysia Mee dan pelbagai macam jenis Makanan Laju [Fast Food] yang lain.
Tahukah anda bahawa Burger dan Kentang Mek-D masih tahan walaupun setelah 6 bulan? Petikan ini saya ambil dari sumber “Berita Harian Online”: Berikut adalah linknya:-


Tahukah anda bahawa di dalam daging burger Mek-Ayam itu terkandung pengawet nitrit dan nitrat?

Pengawet jenis ini sering kali digunakan untuk hasilan makanan yang diperbuat daripada daging. Tujuan pengawet ini digunakan adalah untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria. Clostridium botulinum boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme yang membawa kematian.  
Namun demikian, pengawet nitrit boleh mengakibatkan beberapa kesan yang tidak diingini seperti rasa mual, muntah-muntah, pening kepala dan tekanan darah menjadi rendah.  Di dalam perut terdapat sebahagian kecil nitrit, ia boleh membentuk nitrosamina yang diketahui menyebabkan kanser pada haiwan ujian.
Bagi bahan pengawet nitrat pula, kesakitan pada bahagian perut boleh berlaku di samping muntah-muntah, lemah otot serta kadar nadi tidak menentu. Pengawet nitrat boleh bertukar menjadi nitrit apabila makanan ini basi ataupun oleh bakteria di dalam perut yang kemudiannya boleh menghasilkan nitosamina.

[Saya boleh jadi Doktor? Oh tidak, pastilah ini hasil dari carian sendiri- boleh rujuk di



Euw. Vomit Mek-D. [kredit]
 
Dan akhirnya
Setelah membaca hujah-hujah ini, masih adakah rasa anda untuk makan Mek-D? 

Alah, pandai, Mudah lah kau cakap. Kalo camtu, boikotlah intel, bla bla bla (mula meleret)

Jawapan saya juga mudah.

“ Semoga nafsu kamu yang boroi dan meroyan terhadap Mek-D kembali slim dengan menyintai Allah sebenar-benarnya.”.

Elakkanlah memakan Mek-D untuk kesihatan kita. 
Kita makan, kita teraniaya, saudara mara kita di Palestin lebih merana. Sudah lah tu dengan Mek-D, err, dan juga makanan laju [Fast Food] yang lain.

Jom diet. Mudah. Duit jimat, sihat pun dapat, an?

“Tanggungjawab kita kepada saudara kita adalah menjaga haknya, seperti mana kita menjaga hak kepada tubuh badan sendiri.”- Ayat fikir sendiri. (^.^)

Wallahualam.
Sekian.

Read more...

Alien bergaya!Hey!

Saturday, May 5, 2012


Bergaya. Mutu. Keunggulan.
Warna Hitam.
....................................(apakah?)....................................

Sebenarnya, setelah sekian lama saya cuba mengemaskini blog hak milik persendirian ini, idea tidak kunjung tiba. Tambahan, saya punya masalah besar iaitu untuk istiqamah di dalam menulis blog. Oh, sememangnya, Teruknya diri saya. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita, terutama dosa saya yang menggunung tinggi.
Lai, Lai. wahaha~~
Alien. Sejenis makhluk haseng yang wujud setelah terjatuhnya piring terbang di Roswell. Bermata Besar, berwarna hijau, keping, perut boroi sedikit dan panjang. Sudah pasti, makhluk haseng ini sangat pelik sekiranya wujud dan hidup bermain basikal berjenama Raleigh Enduro bersama masyarakat sekitar.haha~~ Manusia wujud dalam pelbagai macam. Ada yang kacak, bergaya, anggun, menawan, dan lagi dan lagi. Kesempurnaan itu hanya Hak Milik Allah. Fullstop. Bila saya bercakap perkara yang cantik, pasti juga ada yang buruk. Begitu juga amalan kita, ada yang cantik amalnya, maka terserlahlah keperibadian muslim dari sudut tingkah lakunya. Dan nauzubillah jika sebaliknya, berpeleseran manusia-manusia yang hidup dengan hati yang hitam dengan kualiti kehitaman lagi kelegamannya.


Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasullah s.a.w bersabda "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing". 
- HR MUslim

Apakah yang asing? Eh, hello. Adakah mata kita perlukan kaca mata bersudut 500 untuk melihat islam telah kembali alien? Jom kita imbau apa yang terjadi di awal penyebaran islam itu sendiri. Begitu ramai yang menentangnya, malahan Nabi dan para sahabat yang memeluk islam terpaksa menahan boikot, diseksa dan ditindas dengan teruk! Tiada kaitan dengan umat sekarang? Eh, kita silap. Pemimpin yang terang-terangan menolak hukum Allah, fitnah yang berleluasa di kaca TV tanpa mengira kesannya kepada masyarakat, dan pelbagai macam lagi. Betapa ramainya kawan-kawan kita yang hanyut dibuai arus dunia, agamanya ISLAM, tapi tinggallah ia sebagai "NAMA", bukan lagi cara hidup.

Namun, hey!

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Iaitukamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"-As Saff: 10-11

Hati yang hidup hanya kerna Allah dan Rasul-Nya=)

Kalau kita telusuri terjemahan As-Saff ini, Allah menekankan aspek iman, dan kemudian barulah berjihad dengan harta dan jiwa. Manakala di dalam hadis alien, Rasullah menyebut "maka beruntunglah orang-orang yang asing". Iman akan membentuk hati yang hidup kerna Allah. Peribadi muslim itu terserlah dek keimanan yang mencurah-curah ke ladang gandum (eh?). Peribadi itu pasti membentuk mukmin yang sejati, lantas iman yang tidak tercampur dengan Ilah-Ilah yang tiada kaitan. Sudah pasti, jiwa mukmin itu akan meronta-ronta, menjerit dan meroyan 

"Apa masalah kamu semua nih! islam lah cara hidup yang bergaya hey!"

Jiwa mukmin yang meroyan pasti membuahkan tindakan, lantasan kata-kata manis, ayat-ayat chenta yang mengajak kita kepada Allah pasti berkumandang menandakan masuknya waktu azan fardhu (ehh?silap-silap), menandakan untuk kita kembali kepada fitrah yang sebenar. Tapi, nyata hadis itu benar. Tanyalah kepada diri kita sendiri, sejauh mana kita sendiri merasakan "jiwa yang beriman". Mungkin kita sendiri merasa janggal untuk mengajak sahabat-sahabat kita yang jauh daripada Allah dengan ayat-ayat sebegini "Bhai, aku, err, jom solat jemaah sama-sama?". Solat itu sinonim, kita tukar berkaitan masa "Beb, masa nih bukan emas, masa nih kehidupan, jangan dibazirkan untuk kehidupan yang sementara". Ayat-ayat ini pasti tidak mampu keluar jika kita ketandusan iman (pangg!!bunyi batang besi kena kepala sendiri)

Yeah! Iman yang mengalir  deras membanjiri hati-hati yang kering kontang. wahaha~~

Tetapi, seriuslah, kita sangat bergaya bila "iman itu mengalir ibarat air yang mengalir deras" di dalam jiwa kita. Setiap perbuatan kita pasti diiringi dan terselit keimanan yang sebenar kepada Allah. Kerna, iman yang melimpah ruah mampu membasahkan hati yang kering kontang, tandus lagi fatamorgana. Dan, jangan risau kerna kita pasti kelihatan weirdo di pandangan "hati-hati yang kering ini, kerna hati mereka hidup untuk dunia". Yuk, usah malu menjadi alien yang mengayuh basikal Raleigh Enduro di hadapan mereka. Langgar mereka dengan kasih sayang?eh? haha~~ Kerna, jiwa yang beriman itu pasti tidak akan menolak offer Allah yang baek punya untuk menyelamatkan kita dari azab neraka,

Mari, jadi alien yang kacak lagi bergaya. (kenyit mata sambil tersenyum)




Read more...

Kehebatan Allah dalam An-Nas bebeh!

Saturday, February 11, 2012

Assalamualaikum w.b.t,
Bismillahirahmanirrahim,


""Ah, aku benci ah dengan kehidupan dunia ni. NTah pape!!"
Pernahkah ada ungkapan sebegini di dalam kamus kehidupan kita? Sekiranya pernah, marilah kita mengambil masa sejenak, beristighfar, memohon agar Allah mengampunkan segala dosa kita, tambahan dosa kita kerna tidak mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan-Nya.

-Astaghfirullahalazim-

Hoyeh. Lega rasanya hati ini setelah memohon kemaafan dari yang Maha Esa. Oh, kalaulah bukan kemaafan yang diberi malahan sebaliknya, "Ada Apa dengan Kita?". Walaupun kita mungkin punya harta setinggi gunung everest, sekilas ihsan dan keampunan Allah itu jauh lebih berharga dari segala isi ciptaan-Nya. Kerna?

Sorga. Sorga. Ada yang lebih berharga dari ganjaran Sorga? Mana ada~~

Keoseman merasai habluminallah. (hubungan dengan Allah). Oh, adakah kita tahu betapa beruntungnya hati yang hidup kerna Allah? Kalaulah kita tahu betapa berharganya segumpal hati yang hidup kerna Allah, saya pasti:-

"Tiada lagi penyokong  M.U vs Liverpool pada 11 Februari 2012"
"Politikus akan meletakkan jawatan"
"Dan lain lain oh"
Cinta-Cinta. Hanya pada Allah~~

Stop. Sebelum merasai betapa osemnya hubungan itu, adakah kita tahu kehebatan Allah? Dan mengapa kita perlu bergantung kepada-Nya? Sememangnya surat chenta Allah itu amatlah berharga. Jika kita menghayati surah An-Nas, betapa hebatnya kekuasaan Allah yang mencipta segalanya. Uih, seriuslah. Kalaulah setiap daripada kita menghayati terjemahan ayat ini, terasa betapa indahnya hidup ini. 

"Walaupun hidup aku makan roti kering hari-hari, aku bersyukur pada-Mu ya Allah, sekurangnya aku masih punya makanan"
"Aku bertuah beb,walaupun aku takde tangan, aku tetap bersyukur. Sekurangnya nikmat yang ditarik mengurangkan dosa yang dilakukan tangan"

Yuk, jom kita sama-sama menghayati terjemahan An-Nas:-

1. Katakanlah "Aku berlindung kepada Tuhan(yang memelihara dan menguasai) manusia 2. Raja Manusia 3. Sembahan Manusia 4. Dari kejahatan(bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. 5. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia 6. dari golongan jin dan manusia

Hei, siapa kata kita berlindung di bawah ketiak mak?haha~~Sedangkan emak kita pun berlindung dengan Allah, inikan kita? Allah menguasai segala-Nya. Hati, harta, jodoh, dan sangat banyak lagi. Jadi, tolonglah jangan sombong dengan segala kesenangan yang kita kecapi. Bila kita ingat ia kekal, kita silap. Saya ada satu analogi untuk kita lebih memudahkan kefahaman tentang terjemahan an-nas, insyaALLAH:-

"Mejar Syaitanirojim berpangkat tiga ingin memikat Syamsul Sili untuk melakukan dosa-dosa kategori "heavy weight". Setelah Mejar itu merujuk kepada Leftenannya, dosa yang perlu dilakukan adalah meraikan hari Valentine pada 14 Februari 2012. Oleh itu, dengan semangatnya Mejar ini menyantuni Brother Syamsul agar berbuat dosa. 

Mejar: Brother, rilek lu. Couple lu. BAwak awek lu pegi hari valentine. Sweet oh! Serius.
Syamsul: Ah, Ah... macam cara gak...
Mejar: Cantek. Uih, cun kot awek ni kat facebook. Ushar lu..
Syamsul: ......(berfikir)........

Tiba-tiba syamsul menerima "tweet" dari Karupiah Steven, "Beb, aku terbaca ayat baek punya. terjemahan an-nas. Kalo kita rasa nak buat dosa, baca dulu ayat ni. InsyaALLAH terpelihara dari gangguan syaitan peringkat general atau yang lebih tinggi lagi. "

Peringatan yang diberi Karupiah Steven menyentak Syamsul Sili. "Halamak, apalah yang aku fikir ni... memang betullah Syaitonirojim kuat bisik-bisik..nasib baiklah aku punya Allah, Al-Malik boh.. Syuh, nyah ko perasaan was-was. Semaklah hadoyai.""

--Syamsul Sili membuka dan membaca lembaran ayat chenta. Terkedek-kedeklah berlari si syaitanirojim--

Dari situ, kita mampu melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah. Paling penting, menjaga hubungan dengan Allah, kerna dengan hanya itulah kita mampu selamat. Dia sahaja yang mampu memelihara kita dengan sebaiknya tanpa sebarang kompromi. Oh, jangan jadikan diri kita sebahagian dari mereka yang hanyut dengan bisikan-bisikan yang menggoda. Berjagalah, di akhirnya biar kita bisa menjadi hamba yang berlaku hamba.

Wallahualam.


Read more...

The land of awesomeness.

Friday, February 10, 2012

Assalamualaikum w.b.t,
In the name of Allah, most Gracious, Most Merciful,

Their reward with Allah will be gardens of perpetual residence beneath which rivers flow, therein they will abide forever, Allah being pleased wiht them and they with Him. That is for whoever has feared his Lord"-Al Bayyinah 98:8

Oh, i've miss to update my blog, as i can say this "blog full with spider web". huhu. "The land of awesomeness"- Suhaila Mohamad. Kak Su, don't be mad at me since i used your quote without permission.

 Is this paradise? Oh, just world. In hereafter even more better

Verily, our beginning chapter of life begins at Paradise, the real land of awesomeness. A world full of fortune, angels, grace, and so much then without any restrictions and hold. We are far from poverty, hunger, struggle, and hectic life as we currently on it. In paradise. we can live life to the fullest, enjoying the feast without doubt. It was so Amazing~~

Just, a price of eternal life in land of awesomeness wont cost low since the reward just too expensive! Let us view an efforts and sacrifices did by our beloved Rasullah p.b.u.h and his companions during their life in this just world ever. They struggle to spread the word of Truth, by realized an effects they had faced as being tortured, grounded, isolated, hunger, and so on. As that, let us view things happened in current situation. Who ever try to be better muslim, for sure they need to struggle a lots. In reverse, crowds nowadays seems like to feel comfort if people change to even worse. We look at "Artist"

Nowadays, it seems look so normal for artist to show their body part (aurat) to the public in such irrelevant and disgusting magazine such as Mangga. Without hold a shame, newspapers currently get used to published some of artist's personal affair for increasing their sale. More sadly some statement from artist:-

"Alhamdulillah, i'm able to fulfill a role as actress in bed-acts confession".

What is this? Don't we feel the responsibility toward our ummah?
A real muslim who aware this current situation would feel so embarrass, shame, pity, anger and in whole feel toward this uncertainties. If we don't feel it and just "OK", i think we really need to review, and renew of our inner path so called "iman". "Iman" couldn't be pass, or obtained by a son from his loyal servant to Allah of father. To have such utmost felt toward our Creator, we must through a practical of submission as to care our prayer, commingling, words and others. Then next, with His permission we could be even better muslim, slave, vicegerents called as "Rabbani individual".

Nevertheless, this "land of awesomeness" seem to be a sweetest dream ever without an actipn. It wouldn't never be ours just by saying it, because we have to do it. Not for our deeds, or others, but an action intended just for our beloved and only Creator. 

My land of awesomeness. [credit]
 
Gladly, i praised to Allah for giving me such a precious opportunity to felt "a little view on land of awesomeness". Where did i get such felt? It's all by being a teacher and ikhwah. Being teacher at Sri Ayesha Islamic School really made my day. I've felt the responsibilities toward the ummah, yet i'm enjoyed to join all my students with laugh and joy. hoho. Oh, to be a part of ikhwah, as i can called "maybe a Daie, i repeat, maybe myself as Daie", never come across to my mind.  Committing myself to have a meeting objectively educate others toward better understanding and view of islam, being Aqsa Syarif activist, giving remembrance (tazkirah) in sometime, shared some islamic value, awareness in muslim's issue, politics, economy, and others was just too exciting and fascinating! Seriously. I really in deep love on this, and i should called this as my passion and interest. This is my land of awesomeness.

And,how about you? ngee~~

May we be better servant to Allah, among of His best creations ever.
Let's shift our paradigm, and spread the love (I lend Abdul fattah's quote) hoho..


Wallahualam. Only Allah knows better.

Read more...

Being teacher is so Osem

Sunday, January 22, 2012

Bismillahirrahmanirrahim,


Alhamdulillah, since today(22 January 2012), it's been 3 weeks for me as teacher. Who expect me to be teacher? Neither me myself didn't expect to be so. Oh, seriously, being a teacher of secondary students are full of excitement and challenges. In first place, i've put myself to be a Muallim @Al-Amin Bangi. But since Allah's plan is better, now i'm serve @Sri Ayesha Islamic School, Bangi.


Honestly, i really don't know this school existed. Since my naqib told me to applied there, i've tried and alhamdulillah, i've got the post. The first time i reached @Sri Ayesha, i felt like i'm in another world. Seriously, the atmosphere of islam were so strong, and it's really spark my interest to know Sri Ayesha's deeper. During interview session, Mr Fauzi (President and Founder of Sri Ayesha) had brief me that this school have been operated for over 13 years! I was surprised, and of course i showed some weird face.haha~~Having Puan Azizah as Principal really made my day up. This is my first time meet a principal fully body covered with niqab (purdah)


When i flashed my school's moments, every day just felt like the same. I'm kept on repeating the same routine, holding a bag full of heavy books, waiting for my ayah to fetch, and so on. Began a day with Negaraku, Rukun Negara,lala~~ all about nationalism, did made my days passed so dull and grumpy. But here in Sri Ayesha, everyday were differences. Let's have some view for below statement:-
-Begin our day with asmaul-husna, negaraku,ruhul jadid, caliph oath, tazkirah, etc.


I never felt such event during my school's period. Oh, how glad this student's are? I'm so deeply in jealousy with them. It's not i'm being ungrateful, but this just to express how lucky are they. Growing in such islamic atmosphere, insyaALLAH will do a great impact toward their future.


Lets have a view of my students?hoho~~
Oh, i do teach math (Form 2, 4 and 5) and Geography (Form 1). I began this career officially on 13 December 2011. I've been in training, get to know other teachers, and yet, they are so happening and kind. Some of them look like their age, but their inner side just so young. perhaps younger than me! hihi..
4 January 2012, a first day i began my moment. I was shivering, worried, and curious to begin my first class. Alhamdulillah, all praise just for Allah, He made my day easier. I've met my Ghifari's (since i'm class teacher). Ghifari's consists of 11 members which are Luqman, Eri, Uzair, Irfan, Al-Qays, Zaim, Umar Abdul Aziz, Azim, Hazim, Ikhwan and Syed Ahmad. They are really energetic, full of confidences, and dare to speak. They all differ from me back then. I was impressed, and of course i'm hoping i can a best teacher for them. InsyaALLAH.


Some of them are natural speaker. They can speak without nervous, and fluently in english. It's really gave me a challenges,hoping so they won't debate with me during my teaching period. huhu.. eventually, they can hear me. But, the atmosphere was difference in Khadeeja (Form 2 Muslimat). They are eager for facts, "Sir, why it has to be like this,that?etc". Some time i felt "Aiya, so many question oh..haha". Yeh, that's the challenges i have to face mostly everyday. Things differently happened in Balqis. I just feel like alien when i step on Balqis (form 1-Muslimat). They all keep glare and stare differently to me. The moment i stood up in front of them, i can feel an "alien signal sight" from them. To release such feel, i've introduced myself and asked them to do so. 


Form 4(Al-FArabi), just done with their PMR. Some of them doing good, and most of them did averagely. I ask them to do a letter of expectation, and some presentation of themselves for sure. The same thing happened, women dominates the class. Oh, i forgot to mention. In Sri Ayesha, they separated classes of muslimin and muslimat, from a way to class, until a location in the class. The separation applied from form 1 to 3, and mixed from form 4 and 5 since they are only few numbers of them.Oh yes, the seniors of Sri Ayesha which is ---Ar-Razi---. They all have a potential to be leader, and most of them are actives! We have Karim as Head Of Prefect, Raihan as Deputy Head of Prefect, Syed as President of Debate club, and such numbers of candidates for SRC's elections such as Zuddin, Labiib, Amin, and Syuhada.


All of them just too cool and awesome. I'm hoping i can be someone for them, purposely not just as a teacher, but as a big brother, well not so old big brother.hihi.. As i still have an opportunity in life, i hope my presence can shape them toward a better islamic view, and its all about a role of vicegerent and slave of Allah.


InsyaALLAH. May Allah let me to do so. Amin Ya Rabb.





Read more...

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP