Tips Blogging dari Sifu Osem

Sunday, December 11, 2011


Bismillahirrahmanirrahim,

Setelah lama saya membiarkan blog saya bersawang, kini saya datang lagi untuk membersihkannya. Huhu.. Terasa begitu teruk diri ini. Terkadang bila masa semangat itu ada, tidak sukar untuk menulis 2-3 entri sehari.
Oh.Lelah~~

Bila hilang semangat itu, boleh jadi entah bilalah blog ini akan dikemaskini. Oh, muhasabah untuk saya. Sebenarnya, untuk menjadi seorang blogger yang tegar, saya telah meminta nasihat dari seorang brother yang blognya sememangnya power. Blognya adalah malaikatpakaigucci.blogspot.com [translate English OK] angelwearsgucci.blogspot.com. Itulah inche Gabbana, bukan nama sebenar.

Ini yang lama. yang baru sila klik angelwearsgucci.blogspot.com

Berikut adalah soalan yang saya tujukan:-

Salam En. Gabbana.
Soalan cepu perak, macam mana ingin istiqamah dalam menulis blog? Oh, dan bagaimanakah teknik-teknik anda menyediakan entri blog?Buat awal-awal ke,ini,itu, harap sangat boleh share. Sila berikan dorongan dan sokongan kepada saya. hoho~~

Apa-apa pun, rasanya masih tak terlambat untuk saya ucapkan "Jazakallahkhairankathira" di atas perkongsian "Mus'ab Umayr" di WAMY, entah berapa tahun yang lalu [Saya pun lupa]. Sememangnya cara anda present cukup hidup lagi bergaya. Kredit untuk blog anda sebab sejujurnya saya agak terpengaruh dengan rentak dan gaya penulisan yang menggelikan usus perut sehinggakan blog saya yang skema ber"tukar" riang ria. bhaha~~Apa pun, jangan lupa pujian ini adalah dogaan lagi cobaan yang besar kepada anda dari Allah. 
(^-^)

yang terkial-kial di jalan Osem, Shah Redza Rosli =)

Dan inilah jawapannya
.
Salaam a'laikum warah matullah,

Inche Sharedza Rosli yg dikasihi fillah,



Saya berasa sgt sedih kerana saya tak igt bila kita pernah bertemu. =( hadoih, lemah dan tak best nya diri ini.. Harap anda dapat maafkan diri saya yg marhaen ini..
'Ala kulli hal, saya tak tau macam mana nak jawab soalan anda itu. Uhm, tapi motivasi saya yg utama sudah tentunyad adalah saya mahu tulisan saya mendapat manfaat org2 yg membacanya. Lagi byk org baca, lagi byk pahal sy dapat, lagi cerahlah peluang saya ntok ke sorgaNya, iAllah! Teknik2 saya menyediakan entri belog... Secara jujurnya, saya akan menulis bila saya rasa nak menulis. Kena ada feel dan passion tu. Bila takde semangat ni, bila takde 'rasa' nak menulis, mmg saya tak boleh nak tulis apa2. Paksa diri macam mana pon tak boleh nak tulis. Saya amat jarang merangka apa yg saya nak tulis. Most of the time, saya main bantai je tulis. Haha.. Bila dah siap tulis, selalunya saya akan baca dan go thru balik dan barulah akan tambah/tolak mana yg saya rasakan perlu. Selalunya, bila saya ada idea yg saya nak tulis, contohnya ketika memandu atau jauh daripada PC/laptop, saya akan simpan idea tu dalam kepala. then bila dah ada ekses pada blogger, 
saya cepat2 tulis takut terlupa. Hihi..



Bergantung pada entri; kalau saya btol bersemangat nak tulis entri tu, akan amik masa sekejap je. tapi kalau tak brapa bersemangat, atau takde idea atau taktau camne nak habiskan, selalunya akan amik masa berjam-jam. Kadang2 berhari-hari. huhuh.. 
Uhm, kalau saya nak simpulkan, kena ada 2 benda bila nak menulis ni; motivasi dan passion (tak tau nak cakap dalam BM camne; sbb passion dan semangat tu macam tak sama; tapi lebih kurang la.. huhu..). Dan kalau niat (motivasi) kita betul, pastu kita bersemangat ntok capai motivasi tu, iAllah takde masalahlah nak menulis dgn baik. ;)
harapnya menjawab persoalan anda tu. Kalau tak, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan! hahaha.


Salaam ukhuwwah! 

Allahu a'lam, He and only Himself knows best.
Jazakumullahu khairan katheera.
Wassalamu a'laikum.


Semangat Kamen Rider? wahaha~~

Nasihat yang sangat baik dari seorang ikhwah level james bond!hoho. Dan akhirnya, jangan tanya saya siapakah Inche Gabbana, kerna identitinya adalah Private & Confidential ok! [Sebab saya pun main teka je masa hantar email tu.wahaha~~] Sebenarnya, saya sangat berharap saya juga mampu “istiqamah” untuk sentiasa mengemas kini blog, dan sekarang masih lagi dan lagi mencuba untuk memenangi rasa itu. Bila muhasabah balik, inilah asbabnya bila tidak menjaga hubungan dengan Allah. Oh, mungkin saya kena membayangkan betapa hebatnya ganjaran Allah berkenaan entri yang saya buat dalam mengajak yang lain kepada keindahan Ad-Deen-Nya kan?[Banyaknya pahala. Mata bersinar-sinar~~].-Motivasi untuk diri sendiri.

Mohon doa anda semua yeh. (^-^)

Read more...

Kacak itu menyusahkan

Saturday, November 19, 2011


Bismillahirrahmanirrahim.

Adakah anda merasa diri anda kacak? Jika ya? Sila lihat cermin sekarang.
Cermin [Retak]
Setelah itu, adakah anda masih merasa diri anda kacak? Hahaha~~
 Jangan marah OK. Saya gurau je. Huhu. Sememangnya, manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t

“Sungguh, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya "-At Tin: 4

Kawan-kawan, bayangkan betapa besar dan hebatnya ciptaan Allah di dalam galaksi yang super duper besar ini, kita adalah sebaik-baik kejadian Allah. Tidakkah kita merasa “WOW”?Kita kagum dengan burung kakak tua yang boleh bercakap “Biskut. Biskut”, tetapi, hakikatnya kita manusia lebih hebat sebab kita boleh paksa burung kakak tua tu makan biskut dengan kejam. [ketawa jahat. Hahaha~~]
Ape tengok-tengok? gagaga~~
Firman Allah s.w.t

“Dan Allah melebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki; tetapi orang-orang yang dilebihkan tidak akan menyerahkan rezeki mereka kepada apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki supaya mereka menjadi sama. Apa, dan adakah mereka menyangkal rahmat Allah?-“An-Nahl 16:71

Hebatnya Allah s.w.t sebab dia melebihkan rezeki sebahagian daripada kita dengan yang lain. Rezeki ini bukan sekadar makan minum, tempat tinggal, tetapi kebolehan, IQ, EQ, Tubuh badan dan sangat banyak lagi. Realitinya, kita sebagai manusia tidak lari dari inginkan kesempurnaan. Kalau bolehlah, berikut adalah wishlist lelaki masakini;

“Aku nak isteri kaya, cantik, solehah, bijak pandai, cendiakawan abad 2020, pandai memasak, ---lagi lagi dan lagi sifat mahmudah yang ada pada wanita--.”

Aku hensem bhai. hoho~~
Tetapi, dikala kita mengimpikan wanita sempurna itu, tatkala diri sendiri ibarat jauh dari sifat mahmudah,diibaratkan seperti “rumah tak siap” @ “Kapal Pecah”. Hihi~~.  Ok, sebelum saya mengarut dengan lebih jauh, let’s talk towards this entry. Setiap daripada kita punya rezeki yang berbeza (Wah.haha). Bila mana kita berbicara tentang tubuh badan atau fokusnya paras rupa, ada yang hensem,jambu batu, durian,kurma dan segala macam lagi buah yang wujud. Kalau istilah untuk mereka yang rezekinya kurang dalam paras rupa, digambarkan adalah seperti ini

Situasi: Sekolah Asrama Budak Skema-Skema Sedunia.
Tempat: Kantin Sekolah.

A: “Beb, setelah lama kita mengenali, aku nak cakap sesuatu yang ikhlas, lagi jujur dan amanah pasal kau.”
B: “Pe die? Aku tau aku pandai. Memang pun selalu dapat anugerah pelajar cemerlang. Budak perempuan selalu cari aku minta ajar. Aku perfect bhai.(Gelak riak.)hahaha~~”
A:”Betul. Tapi kan, muka kau pecah rumah”
B: Hati tersentap! Mata mula berair,perlahan-lahan bangun. Membuka langkah dan berlari balik ke asrama sambil menangis teresak-esak
A: "Apakah?"
Si A(Kiri): Ah, biarlah kau
Si B(Kanan): Sob Sob Sob Sob (T-T)
Ingat. Jangan sesekali cakap dengan kawan kita seperti ini. Tapi, sekali sekala kalau dah kawan dah “kerek(istilah Key Hell: Berlagak”) sangat, apa salahnya kan? -hahaha.---Astaghfirullahalazim.---

Betapa ramainya Nabi dan Rasul yang diutuskan lagi kacak dan bergaya yang ditugaskan untuk berdakwah dan menyantuni para umatnya untuk mengabadikan diri kepada yang Maha Kuasa. Namun, tidak boleh tidak Nabi yang paling femes kekacakannya adalah Nabi Muhammad s.a.w, barulah diikuti dengan Nabi Yusuf a.s. Eh, bayangkan;

Sudahlah hensem, kacak, bergaya kemudian cakap dan fikirnya hanya islam. Tidakkah islam menjadikan para Nabi ini qudwah (contoh) ikutan yang baik kepada kita? Saya merasakan betapa osem dan hoyeh-nya mereka. Oh, terkadang saya sedar diri ini sememangnya serba serbi kurang, Mahu kata ada rupa, adalah adik tu cakap “abang, muka abang macam itu-itu lah”. Saya [Tersentap dan mula -berair- Sob. Sob. Sampai hati adik cakap abang macam tu. Sob. Sob]. Tinggi pun biasa-biasa sahaja. Pandai tu memang jauh sekali. Tetapi, saya tetap bersyukur. Sebabnya? Bila teringat kisah Nabi Yusuf a.s, betapa kacak itu menyusahkan. [Mencari hujah mempertahankan diri.hihi]

Nabi Yusuf, sememangnya Nabi yang sangat kacak. Sangat. Sangat Hensem. Bayangkanlah, sekiranya Nabi Yusuf a.s. hidup ketika zaman Nabi Lut, pasti dialog seperti ini keluar

“Hadek, meh kat habang? Habang nak sayang Hadek. Adik hensemlah. Sangat-sangat. Abang nak jaga adik elok-elok. Meh lah”-[ Euww. Yuck-Muntah-muntah].
Ha, siapa rasa iman dia kuat? Meh Test.Bayangkanlah, seseorang perempuan yang seksi menggoda, punya bentuk tubuh badan yang menggiurkan datang mendekati anda untuk minta -Tet-. [eee]. Hapakah yang akan berlaku? [Mohonlah doa Allah tidak diuji dengan ini.huhuhu]

Nabi Yusuf juga tidak terkecuali dari godaan ini. Dek kerana rupa yang terlalu kacak dan susuk badan yang sasa lagi perkasa, Nabi Yusuf a.s. telah digoda oleh Zulaikha, yang mana ketika itu Zulaikha adalah isteri kepada Ketua Polis yang bernama Futhihar. Sebagai orang gaji di rumah majikannya, Nabi Yusuf bersungguh-sungguh melakukan kerja rumah tanpa mempedulikan Zulaikha. Namun, berjagalah dengan godaan bro Syaitonirojim, kerna sebab itulah Zulaikha tidak dapat menahan gelojak nafsunya untuk memiliki Yusuf a.s.
   
Di dalam surah Yusuf (12) 23
“ Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia berkata menutup pintu-pintu lalu berkata “Marilah mendekat kepadaku”. Yusuf berkata “Aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah melakukan aku dengan baik”. Sesungguhnya orang zalim itu tidak akan beruntung.

Pelbagai macam taktik yang dipakai Zulaikha dalam menggoda Yusuf. Dari pakaian hinggalah ke wangi-wangian, satu apa pun tak jadi lantaran iman dan taqwanya yang tinggi. Dengan penuh yakin, Nabi Yusuf menolak pelawaan Zulaikha Dan akhirnya, terjadilah fitnah kepada Yusuf a.s. disebabkan kekacakan pendiriannya berlandaskan iman dan taqwa hanya kepada Ya RabbaAlamin.. Kisah selanjutnya? Baca sendiri. Jangan nak untung sangat lah.Haha~~ rujuk dalam Al-Quran, taddabur terjemahan surah yusuf[12]. Memang osem (^-^)v

Dan, dijadikan kisah Nabi Yusuf ini adalah untuk muhasabah kepada mereka yang punya rupa paras yang kacak lagi bergaya, ditambah susuk badan yang sasa lagi perkasa. Eh, bukan muhasabah sahaja Ok. Tetapi peringatan yang keras lagi tegas dari Pemilik Kerajaan ini. Ha, siapa kata kacak itu bagus? Hoho. Dan yang tak kacak  jangan bimbang. Peratus untuk disukai oleh habang, hakak dan hadek-hadek celupan dunia adalah sangat kurang.hohoho

Tapi, tak dinafikan yang sememangnya saya sendiri cemburu dengan “A guy who with complete package”. Hensem, pandai, bergaya, dakwah power, berbudi bahasa, sopan santun,kaya dan semua lagilah sifat-sifat mahmudah yang wujud di dalam dunia ini. Dah lah muka bersih, jambu, putih bersih, rambut ikal mayang (ha?), dan lain-lain lagi, lepas tu ditambah pula dengan dia adalah ikhwah yang mantop lagi berdedikasi! Bayangkanlah, betapa besarnya ujian yang mereka perlu lalui:-

“ana dapat msj, ade datin ajak ana keluar. Istighfar”
“akhi, ana takut nak pegi sini. Hari tu ade abang tu tiba-tiba datang urut-urut bahu”
“ade wanita ajak ana keluar.huhu”
“akhi, nak share nih, ade abang ni ajak ana keluar. Tapi yang ana pelik, badan die pam-pam, tapi selalu msg “Abang suka tengok adik” apakah?”
Kemuncaknya, “ade msj la akh. Pening ana..huhu..“Saya suka tengok awak. Saya harap kita boleh couple, dan saya pasti memberikan yang terbaik hanya untuk awak. Terimalah saya-“ Dan macam-macam lagi.
Boleh Habang kenal dengan Hadek? Wahaha~~
Dan akhirnya, siapa kata kacak itu bagus?haha..Kalau anda punya wajah yang kacak,alhamdulillah. Tetapi betapa berat dan hebatnya ujian yang perlu dilalui, hanya pemilik rezeki itu sahaja yang mengetahui. Fitnah yang melampau, belum lagi dicampur dengan godaan-godaan habang-habang pam dan hadek-hadek berpakaian ketat lagi sendat,ditambah dengan fikrah dan celupan dunia semata. Adoyai. Astaghfirullah..

P/S
Syukurlah dengan apa yang ada. Saya suka dengan apa yang pakcik HAMKA kata
“Yang kita ada ini sudah pun harapan”
Walaupun saya sendiri nak jadi ibarat “The guy with complete package”. Haha..
[Karat jahiliyah itu masih ada. Saya memang ----Teruk Dan Out------Sob.Sob...]
Doakan untuk kita sama-sama berubah. Lagi ,dan lagi, hanya untuk mencari redha ilahi, Semata,hanya untuk Sorga yang kekal Abadi

Read more...

Wa Gay and it's not Okay?


[Minta maaf. Saya masih lagi berusaha untuk mengemaskini entri berkaitan asbab “memadam entri angry bird untuk dakwah”. Jadi, sementara itu, saya nukilkan sebuah kisah benar masyarakat kita. Bacalah dengan hati. Zass~~]

Bismillahirrahmanirrahim,

Ha, tajuk entri kali ini sememangnya “Hot”, ibarat tuan empunya blog. [Uwek. Muntah Muntah]. Haha~~ Dengan nada serius dan beraninya, tajuk itu bukan menunjukkan saya yeh! Jangan ada cerita lain-lain pula selepas ini. Alhamdulillah Saya lurus [straight] lagi normal. Saya nak kawen dengan akhawat[kalau ada yang sudi], bukan dengan ikhwah Ok. I rest my case. Hoho~

Tahukah anda, ada sekelompok manusia kecil yang nafsunya berbeza dari kita? Sebagai contoh, 

"Di sebuah Shopping Complex Mari Bazir Duit, Seorang hadek melihat seorang habang yang hebat,kacak bergaya, macho lagi perkasa. Dengan tidak semenanya, terdetik dalam hati hadek ini “alangkah hensemnya abang ini”. Tidak lama kemudian, habang didatangi oleh seorang lagi habang yang jauh lebih kacak dan macho dari habang yang hadek ini nampak di awalnya. Mereka berpegang tangan erat, dan berjalan dengan steadynya tanpa menghiraukan pandangan masyarakat. Reaksi hadek ini “Apa itu ikan?” Terjemahan terus [What the Fish]"

Saya hensem dan Macho. gagaga~~
Gay @ Homoseksual. Mereka ini adalah kategori insan yang punya naluri songsang dan meminati sesama jantina Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan isu “Seksualiti Merdeka”. Mereka yang terdiri (Lesbian| Gay|Bisexual|Transgender = LGBT) adalah insan-insan yang keliru dengan norma seksualiti sendiri. Dan pasti, ini adalah masalah umat islam dan seterusnya masyarakat Malaysia. “Ah, biarlah dorang. Dorang nk tu ke, nk ni ke, lantak doranglah. Kubur masing-masing”. Kalaulah ada antara kita yang berfikiran dan tak endah dengan masalah umat ini, saranan saya "sila gali kubur sendiri, kapan, mandi, masuk ke dalam liang lahad dan akhirnya; sila timbus diri sendiri Hokay? Wah, banyak lemak. Geram oo kalau tahu ada orang begini. Sila duduk di Planet Pluto atau yang lebih jauh lagi kerana anda adalah alien. [ketawa jahat. Hahaha~~]"


18 November 2011, CUCMS, Cyberjaya: Saya bersama ikhwah-ikhwah tersayang telah menghadiri “Wacana Isu Seksualiti” anjuran sebuah pertubuhan tala untung (NGO) Pertubuhan IKRAM Malaysia yang mana ia telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Harlina Mohd Sirajj, dihadiri oleh tiga orang panel dan salah seorangnya dulu adalah insan yang telah HENSHIN dari “Auw” ke “Wow”.Ha, tapi sebelum itu, saya telah melakukan kesilapan besar! Sob Sob.. Ketika mencari tempat duduk, kelihatan seorang hakak yang tough [anda faham kan] berada di penghujung barisan. Kami duduk di barisan hakak itu duduk dan kebetulan saya duduk bersebelahan dengan hakak itu. Dan sememangnya, hakak itu chantek Hensem. Saya sempat bersalam dengannya, dan sementara menunggu wacana bermula, lembaran Surat Chenta dibuka untuk mengisi ruang masa. Tidak lama selepas itu, hakak itu lari. Barulah saya tersedar, kenapalah saya tidak gunakan masa itu borak-borak ceria dengan dia? Terlepas peluang. Ruginya....huhuhu....

Serius, Wacana itu sememangnya sangat Osem dan Kool! Sebenarnya,mereka ini (LGBT) adalah insan-insan yang sangat mendambakan kebaikan, kasih sayang dan perhatian masyarakat. Tahukah yang kita bahawa kebanyakan insan-insan LGBT ini adalah dari:-

Mangsa penderaan seks | Menjadi bahan percubaan oleh habang@ayah| Institusi keluarga yang berpecah |
Apa salah Saya? Sob..Sob

Oo, Baru tau? Saya pun baru tahu.
Dari segi islam, segala usaha yang menjurus ke arah ini jelas, terang lagi ber-Spot-Light hukum syaraknya adalah H.A.R.A.M. That’s it. No offense. Tetapi, indahnya islam adalah bukan untuk menghukum, tetapi untuk memperbaiki keadaan. Berbalik kepada punca sebenar terjadinya kejadian ini, pernahkah kita meletakkan diri kita di tempat mereka?








Dari mana datangnya?
Speechless~~
LGBT adalah budaya hidup masyarakat Barat!
Golongan ini telah diiktiraf sebagai golongan yang punya hak di US. Mereka ada hak untuk memohon pekerjaan, dan yang paling menggelikan, mereka diizinkan berkahwin sesama mereka secara sah

“Man (A), will you marry Man (B)?”-Yes I Do.
Euw. Serius geli~~~Pening |Pitam|Nak Muntah|.....

Disebabkan mereka adalah insan yang tersisih, naluri mereka memberontak untuk menuntut “Hak Kebebasan” mereka. Kesian mereka kan? [*Sigh~~~]

Di Malaysia.
Lantaran merasai kesempitan hidup untuk diterima masyarakat membuatkan insan-insan-insan ini meronta untuk meminta perhatian. “We want our Human Right!”. Astaghfirullahalazim. Tahukah anda betapa mereka mendambakan untuk menjadi “good-good” @ Normal seperti kita? Lantaran begitu ramai di antara kita yang begitu gah menghukum “Kau masuk neraka, habislah kau”. Walhal, belum tentu lagi kita punya tempat di syurga dengan ketidakpedulian kita tentang kebejatan akhlak umat islam masa kini.

Tanya balik pada diri kita, sejauh mana pandangan kita terhadap insan-insan ini?

“Euw, gelilah. Weh Nyah, blah kau. Arbok, kau jangan kawan dengan aku. Hoi anak Hikan Mr. G, pegilah dekat bapak Hikan kau”.

Dan akhirnya, begitu mudah sekali kita menghukum mereka? Luahan hati seorang panel:-

“Jauh di hati mereka inginkan pasangan yang normal, ada anak, keluarga yang bahagia. Tapi mereka terhimpit, dek dorongan naluri sendiri. Terkadang ini semua terjadi disebabkan mereka keliru. Tapi kita sebagai masyarakat terus menyisihkan mereka. Dan mereka ini merasai yang mereka hanya boleh hidup sesama golongan mereka sahaja. Itulah sebabnya mereka menuntut hak kebebasan terhadap kerajaan. Namun nyata mereka terus dihukum tanpa ada siapa yang kisah”.

Golongan ini adalah antara yang Allah sebut sebagai golongan yang menjadikan hawa nafsu sebagai Ilah:-

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? Al Jatsiyah 45:23


Sebenarnya, ayat ini “Pukul Rata” oh!. Sesiapa rasa dia gila shopping, karaoke, membeli dan belah, boleh jadi dalam hatinya ada ilah laen hokay! InsyaALLAH, saya akan kupas lebih lanjut berkaitan ilah di dalam entri seterusnya entah bila.haha~~ Tetapi, sayangnya insan-insan LGBT ini mempertuhankan nafsunya, mengikut segala kehendak hawanya sehingga di akhirnya mereka menemui kebuntuan. Tidakkah kita mengambil ibrah(pengajaran) dari kisah Umat Nabi Lut iaitu kaum Sodom yang menggilai seks di luar tabii? Betapa murkanya Allah sehingga langsung hancur tempat tinggal mereka!

Mengikut statistik yang diambil, dijangka jumlah golongan ini adalah 0.5% dari jumlah populasi rakyat Malaysia. Tetapi, bayangkan sekiranya terdapat 25% rakyat kita yang sangat mengambil peduli tentang hal mereka, pasti masalah ini mampu diatasi. (Skema kan kenyataan ini?haha). Tapi, serius, kalaulah kita pandai menyantuni golongan ini yang mana kita fokuskan kepada individu, insyaALLAH, akan ada jalan keluar kepada permasalahan ini. Ketika forum itu berlangsung, para panel yang hosem menyatakan “Mereka ni sebenarnya memang nak berubah...tetapi rakyat kita sering menghukum, malahan sangat sedikit yang ingin mendekati dan mengubah mereka”. Ditambah lagi “Saya minta maaf ye. Masyarakat memang tidak adil terhadap kami. Tahu tak, ada seorang hartawan pernah mengajak kami geng-geng Lorong Haji Taib menaiki bas yang disewa khas untuk membawa kami ke kediamannya untuk meraikan harijadi beliau. Dia siap offer lagi kami untuk kerja dengan dia dan akan membayar gaji kepada kami. Sememangnya kami amat tersentuh dengan cara dia”.

Nah, satu lagi pukulan untuk kita! Tepek kot. Bagi sesiapa yang merasai dirinya seorang daie, seharusnya kita mencari solusi, bukan menambah masalah lagi. “Assalamualaikum. Awak telah buat kerja terkutuk. Awak pasti masuk neraka. Sekian”. Eh, kalaulah kita semua asyik cakap macam ni, pasti kelam keindahan islam. Kita kena ingat, manusia bukan maksum. Jangan suka menyalahkan semata, kena cari jalan penyelesaian hokay?
Fikirkan, Ada ke orang yang nak lahir sebagai Gay? Lesbian? “Ya Allah, jadikanlah aku hakak yang pam lagi tegap?”. Ada? Pastinya, itu bukan pilihan mereka, tetapi ujian Allah yang sangat berat kepada mereka dan juga KITA.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan; Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji “Al-Ankabut: 2-3

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubahnya” Ar Rad 13:11
  
Jadi, penyelesaiannya?
Rujuklah sunnah Rasullah s.a.w. Ingat tak kisah pasal ada pemuda lelaki yang meminta izin untuk berzina? Para sahabat “marah lembu-lembu [translate] = Marah Cow Cow punya”, tapi Rasullah s.a.w relax dan kool je. Baginda tak marah, tapi menyantuninya dengan soalan-soalan yang psikologi terbalik.[Reverse Psychology]. Dan akhirnya, pemuda itu adalah pemuda yang sangat membenci Zina lebih dari segalanya. Jadi, kita juga perlu menyantuni insan-insan ini dengan mendekati mereka secara individu. Selalu borak-borak, lihat mereka dengan pandangan kasih sayang, ambil berat dan yang paling penting, mengingatkan mereka tentang kasih sayang Allah terhadap para hamba-Nya.


If They were Gays, we must Say it’s not OK. Just because, we muslims and malaysians are Care. InsyaALLAH


Di akhir forum ini, Dr. Harlina merumuskan

"Tugas kita bukan untuk melabel @ Menghukum, tetapi adalah untuk membimbing mereka kembali kepada keredhaan Allah s.w.t"


p/s: Kita bukan penghukum. Kita adalah manusia, yang tak lari dari melakukan kekhilafan.dan menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkannya. Sehinggalah di akhirnya mereka sedar, betapa indahnya kasih sayang Allah kepada ciptaan-Nya yang bergelar, Manusia.
Wallahualam.



Read more...

Memadam entri "Angry Bird untuk Dakwah?"

Wednesday, November 16, 2011

Dengan ini, saya dengan rasa rendah dirinya ingin meminta maaf di atas entri "Angry Bird untuk dakwah". Sememangnya, saya masih kebudak-budakan waimah umur sudah menjangkau dewasa. *sigh~~*
Bila difikir dengan sedalamnya, ya,
Keburukan melebihi kebaikannya.

Setelah membaca ulasan dan komen para super ikhwah, saya merasakan ia bukan suatu yang realistik di dalam dakwah. Teringat kembali tika daurah "sayonara jahiliyah", muwajih dengan lantang menegaskan

"Jangan dicampur di antara hak dan yang batil"!

Baru teringat. Adoi. Teruklah saya. Tika dalam ulasan Dr. Hafidzi berkaitan isu slogan, saya beria-ia mendahulukan islam. Dan akhirnya, Allah uji dengan minat saya terhadap "kecomelan" angry bird. Sejujurnya,saya pernah main, tapi saya memang bukanlah "kaki gamer". Sekadar suka-suka. Currently, i'm so in love with da'wah (May this remain forever till the last breath), but yet, it's not a reason for me to do the way i love to do it; since Al-Quran has set the rules from the beginning! 

Muhasabah untuk diri saya agar tak jadi brother hyperactive dan berfikiran pendek. 
InsyaALLAH, di dalam entri seterusnya, saya sendiri akan menghuraikannya mengikut kefahaman dakwah. Sudah semestinya, saya hanya pelajar kejuruteraan yang biasa-biasa sahaja. Tapi, ini tidak menghalang sama sekali untuk berkongsi pendapat. Tunggu.

Apa-apa pun, Maaf yeh. Sob. Sob.

Read more...

Takut jikalau Allah telah membenci kita

Tuesday, November 15, 2011

Bismillahirrahmanirrahim,


"Dan katakanlah (Muhammad), "Ya Tuhanku, berilah ampunan dan (berilah) rahmat, Engkaulah pemberi rahmat yang terbaik" [Al Mu'minun 23:118]

Bersyukur di atas setiap saat yang berlalu, yang mana terselit kebesaran Ilahi yang tak mampu disangkal lagi. Lihatlah angin yang bertiup, oksigen yang memenuhi ruang udara, kesihatan, dan sangat banyak lagi yang tak tertaksir dengan sekadar kata-kata. Bukalah mata kita, tidak cukupkah aturan siang dan malam untuk membuatkan kita berfikir? Malahan, Allah itu Maha Adil, setiap rezeki adalah untuk semua tanpa mengira siapa hamba-Nya. Dan sebaik-baik kurniaan itulah islam, dan sungguh bertuah kita yang sememangnya islam semenjak di awal kelahiran lagi.

Ha, Ini yang buat kita umat islam sejak lahir patut rasa malu. Mangapa?
“Saya aa,kalau tala sembahyang aa..rasa tak tenang aa..tala bole tidur”-Ungkapan abang Ridzuan.

Saya rasa wajib untuk saya berkongsi tentang hal ini.

15 November 2011.
Di malam yang syahdu tatkala di surau, sayugia imam mengumumkan “Assalamualaikum w.b.t, alhamdulillah kita ada saudara baru yang baru masuk islam. Sekiranya ingin menyumbang, anda boleh pergi dan beri ke beliau sendiri di belakang sana”

Di situ, kami terlihat Abang Malik(Abe M) dan Abang Ridzuan(Abe R), yang mana setelah borak-borak, kami mengetahui Abe M baru pulang ke fitrahnya dalam 5 hari, dan Abe R sudah setahun (syukur alhamdulillah)

Kami amat teruja untuk mengetahui tentang perjalanan kisah kedua-dua Abe ini dalam kembali ke fitrahnya, dan syukur kepada-Mu ya Allah kerna memberikan kami rahmat dengan kedatangan mereka ke rumah bujang yang "kemas dan tersusun rapi".haha~~

Pada ketika itu, pelbagai soalan yang dilemparkan.

Ibarat Polis yang misainya melentik, perut Ah-Roy dan memegang “Chota” dan bertanya “Hei kau, bagaimana kau masuk islam?”

Aiyo. Ini sudah pasti bukan akhlak muslim. Dengan penuh sopan santun dan ayunya[Ok. Tolong jangan geli] kami bertanya “Abang Ridzuan, abang sharing lah skit psl ksh abg? Kami excited nak tau”. Persoalan demi persoalan diajukan kepada Abe R sebab dia banyak bercakap, manakala Abe M malu-malu kucing. Hoho~~

Berikut adalah kenyataan Rasmi Abe R. Ada yang saya tambah. Huhu.

Kata Abe R:-

“Saya aa,manyak susa masa belum islam dulu.. ada wang, habis minum..ada wang, habis minum...saya,mau masuk islam macam suda lama juga aa..saya ada kenal itu haji aa..dia selalu celita pasal islam.. satu hali tu, dia ala bagi itu buku-buku,suluh baca dulu,fikir betul-betul..saya pun decide, masuk islam... saya aa,ala nampak itu melayu islam pun main itu toto, alak, manyak lagi oo..tapi saya tala kata dia islam, tapi kata itu "melayu". sama jugala sama itu cina n india. lagi aa, islam pun kata kalau saya suda masuk islam, saya masih boleh balik rumah woo...tapi kena bagi tau dekat family ini oink-oink(Ini saya tambah), alak, n mende-mende yang tala bole makan jangan bagi makan... saya betul-betul suda tinggal itu suma sejak masuk islam..itu Alah aa (Allah) dalam islam ada satu.. kalu dalam cina, itu tuhan dekat tokong kena kasi olen, dekat tuhan lain olen lagi.. tapi aa, “Saya aa,kalau tala sembahyang aa..rasa tak tenang aa..tala bole tidur”-“

Sebenarnya, banyak lagi yang kami dapat dari Abe R nih. Tapi, statement die pasal “saya aa, kalau tala sembahyang aa, rasa tak tenang aa..tala bole tidur” buat saya rasa “tala boleh blah woo”. Serius terkesan. Makan dalam...

Bayangkan,

Betapa ramai kita yang islam sejak di bayi, tapi begitu mudah meninggalkan solat?
Tak kira lagi yang bangga dengan arak walaupun ICnya “ISLAM”, walhal saudara ini begitu membencinya setelah mengungkap kalimah “Laillahaillah”
Betapa susahnya dia mencari kasih sayang Allah, dan betapa ramai pula di antara kita yang begitu mudah tidak mengendahkannya?
       Malunya. Malunya..

Sungguh, memang kita patut rasa malu. Kalau dalam diri kita tiada rasa itu, saranan saya baik kita memohon ampun dan taubat kepada Allah s.w.t. Mengapa?

“Takut jikalau Allah telah membenci kita!”

Manusia benci, apa ada hal? Sebabnya manusia pasti melakukan kesilapan. Kita bukannya Nabi dan Rasul pun. [Statement kasar untuk kita sedar: Sape-sape die rasa die maksum, boleh blah OK]. “Tala apa-apa woo kalo manusia benci..”. Tapi aa, Allah kalau sudah benci, apa pun tak boleh. Jangan buat main woo...hina di dunia dapat, di akhirat apatah lagi? Astaghfirullah.... Sob..Sob.. Sob....xnk...

Terpukul | Terkesima| Tersedar| Terima Kasih Ya Allah.



Read more...

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP