Hebatnya kau As-Syahid Mus'ab bin Umair

Wednesday, November 3, 2010


Alhamdulillah. Saya masih hidup di dalam nikmat islam. Dan sesungguhnya ia adalah nikmat yang tidak terhingga kerana sesungguhnya hanya islam adalah satunya agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. Dalam pada masa yang sama, Allah s.w.t juga telah menjanjikan darjat yang tinggi di sisi-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa.

Mus'ab Bin Umair. Salah seorang mujahid yang syahid di dalam peperangan uhud demi menegakkan syahadatul hak. Beliau adalah salah seorang daie dan As-syahid yang cukup saya kagumi. Mengapa?


Sirah Mus'ab
Di makkah, beliau cukup terkenal dengan gelaran "Putera Makkah" dek kerana paras rupanya yang sangat kacak, tambahan dengan kekayaan yang dimilikinya. Mus'ab ditatang penuh oleh ibunya dengan memenuhi setiap kehendak beliau. Malahan, tidak susah untuk menyedari kehadiran pemuda hebat ini, bau wangian nya sudah cukup kuat sehingga boleh dihidu walaupun jarak begitu jauh. Pakaiannya juga merupakan pakaian yang paling mahal di Makkah.

Analogi zaman sekarang
Mus'ab boleh dikategorikan sebagai pemuda yang mempunyai wang poket RM 20,000.00, sambil memakai Louis Vuitton, Dolce & Gabbana, Versace dll. Haruman (perfume) diibaratkan seperti Giorgio Armani (5 tong). Cukup hebat kesenangan yang beliau perolehi :-)

Dizaman keislamannya
Namun, setelah memeluk islam, Mus'ab langsung tidak teragak-agak untuk meninggalkan segala macam kekayaan yang beliau perolehi. Tidak ada kesal atau sesal, malahan Mus'ab sentiasa tenang dan tawaduk. Rasullah s.a.w amat mengasihi Mus'ab, malahan Baginda cukup menyayangi Mus'ab kerana ketabahannya dan sabatnya pendirian Mus'ab menyebabkan beliau dipilih untuk ke Madinah di dalam menyebarkan syiar islam.

Analogi zaman sekarang
Bayangkan sekiranya hidup kita telah biasa hidup senang dengan RM20,000.00 ada di dalam poket sepanjang masa? Tiba-tiba, semua kesenangan itu ditarik, anda pula hanya ada RM5 di dalam poket, untuk sepanjang hidup anda?? Tidak ada lagi pakaian yang mahal, tiada lagi haruman, keselesaan dan pelbagai macam lagi kesenangan. Kalaulah kita di tempat beliau, agaknya dimanalah iman kita?sama-samalah muhasabah diri.

Keteguhan imannya
Namun, Mus'ab sedikitpun tidak kisah berikutan kesusahan yang beliau hadapi setelah memeluk islam. Malah beliau tenang sahaja. Hatta Ibu beliau mendesak dengan berlapar sehingga hampir mati pun, Mus'ab tetap dengan islam:-
"Wahai ibuku, hatta ibu ada 100 nyawa pun untuk mendesak saya kembali ke jalan jahiliyyah, tidak akan ada satu pun yang akan saya patuhi"

Sahabat-sahabatku, ingatlah. Patuhi perintah ibu bapa selagi mana tidak bertentangan ajaran islam. Tidak akan hidu syurga seseorang mukmin sekiranya tidak menghormati dan menyayangi kedua orang tua nya.


Rasullah s.a.w menangis
Rasullah s.a.w sering menangis melihatkan Mus'ab. Bayangkan, seorang yang berstatus "Putera Makkah", hidup senang, berkulit putih, makanan mewah berubah kepada seorang yang serba kekurangan. Pakaiannya bertampal, kulitnya kasar, dan makanannya daun kayu. Para sahabat malu dengan Mus'ab kerana keteguhan imannya terhadap islam. Namun, penghormatan diberikan kepada Mus'ab dalam menjadi Dai'e (Pendakwah) di Madinah. Bayangkan, terdapat ratusan, atau mungkin ribuan rumah di Madinah. Namun, semua pintu itu diketuk sehinggalah menyebabkan ramai yang memeluk islam. Ketika Mus'ab sedang berdakwah kepada penduduk Madinah,Pemimpin Kaum Aws, Saad B Muaz di zaman jahiliyyahnya dengan bermatakan anak panah di lehernya. Namun, dengan lembut dan tenang:-
"Ya Saad, apa kata kau duduk dan dengar dahulu apa yang aku katakan. Ikutilah jika kau suka. Sekiranya tidak, aku akan pergi"
Kerana kelembutan itulah, Saad Bin Muaz telah memeluk islam

Analogi sekarang
Agaknya, apa yang kita akan lakukan apabila diheret ke situasi deminkian? Adakah kita mempunyai ketabahan seperti beliau?Ya Allah..Syahidnya Mus'ab Bin Umair
Ketika di perang uhud, Mus'ab telah diberi kehormatan dilantik sebagai salah seorang Jeneral. Mus'ab bertanggungjawab memegang panji. Dan ketika perang berlaku, Mus'ab dengan sehebatnya berperang sambil memastikan panji islam tertegak. Di dalam situasi itu, tentera kafir laknatullah ini telah memotong tangan kiri Mus'ab. Namun, Mus'ab tidak melepaskan panji tersebut, tapi menukarnya dengan memegang menggunakan tangan kanan. Demi melihat jatuhnya panji islam, tentera kafir telah memotong tangan kanan pula! Ketabahan hati Mus'ab terhadap islam jelas terlihat pabila beliau TETAP menegakkan panji islam dengan pangkal lengannya! Akhirnya, Mus'ab syahid di perang uhud dengan badannya dihujani anak panah yang banyak. Syahidnya seorang mujahid yang cukup Baginda sayangi. Ketika saat para syuhada uhid ingin dikafankan, satu situasi telah berlaku untuk pedoman bersama. Kain untuk menutupi badan putera ini tidak mencukupi. Ditutup muka, nampak kakinya. Begitu juga sebaliknya. Baginda Rasullah s.a.w menangis melihatkan keadaan syuhada yang cukup Baginda kasihi. Akhirnya, syuhada ini dikafankan dengan menutup mukanya dengan kain dan kakinya dengan daun kering. Datangnya Mus'ab sebelum islam dengan kekayaan, pergi-Nya Mus'ab bertemu Allah s.w.t selaku para syuhada.

Analogi sekarang.
Para sahabat, inilah pengorbanan. Mus'ab langsung tidak kisahkan kekayaan dunia, lantaran beliau menyedari kekayaan yang sebenarnya hanya ada pada Allah dan islam. Kadang-kadang, kita mungkin tidak sedar, di saat kita mampu bangun untuk qiamunlai, sudah terdetik hati yang mungkin kita telah menjadi hamba-Nya beriman. Walhal, kita hanya melakukan sebulan sekali, atau setahun sekali? Sama-samalah kita muhasabah diri, sejauh mana pengorbanan kita demi islam. Mampukah kita menjadi seperti Mus'ab Bin Umair?? Tepuk dada, tanya iman.

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

Read more...

Deleting

Tuesday, November 2, 2010

To all my fellow friends, i'm deleting selected blog post that i think was khilaf and have irrational contents. This is to ensure that my effort to be a real ikhwan may come true. Such a little effort, yet not great as others. I'm hoping Allah s.w.t will accept the change that i intend just and only for Him. InsyaALLAH, and ended with

Assalamualaikum.
As that, may we say again
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

Read more...

Tidak sedar ;-(

Ya Rabi, teruknya saya! barulah saya sedar dalam facebook saya terlalu banyak kekhilafan! Ya Allah, terima kasih kerana menyedarkan hamba-Mu ini. Apa yang saya maksudkan dengan kekhilafan? Di dalam gambar itu, ada aurat-aurat yang tidak sepatutnya saya letak di dalam "photos". Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dalam meletakkan gambar. Tidak mahu lagi ulang benda yang sama.
Malu dengan Allah s.w.t
Malu dengan kawan-kawan

Tidak mahu buat lagi.

Tahu tak? Hanya kerana gambar, kita boleh melipat gandakan pahala dan amalan kita. Allah s.w.t juga telah menjanjikannya.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui"-(Al-Baqarah:2:261)

Bagi saya, harta bukan sahaja dikategorikan dengan material seperti wang, harta benda, tetapi juga usaha dalam menegakkan yang hak. Gunakan medium yang ada untuk melipatgandakan amalan kita, tapi jangan sama sekali gunakan medium yang ada untuk melipatgandakan kekhilafan dan DOSA kita. Nauzubillah. Sekali lagi, Ya Allah, ku mohon kemaafan di atas kekurangan diri yang serba hina ini. Tidak mahu dan tidak akan melakukan lagi. Semua-Nya dengan izin-Mu juga, Ya Allah. Kawan-kawan, mohon kemaafan juga ya:-(


Alhamdulillah.Saya telah delete akaun friendster dan myspace. Tidak ada keperluan lagi. Terlalu banyak kekhilafan dari manfaat di kedua-dua laman sosial tersebut. Maksud saya, dari segi gambar. Sekali lagi, terima kasih ya Allah. InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.co

Read more...

Hadiah terbaik harijadi ku :-)

"Orang-orang bertaqwa tidak akan bertanggungjawab ke atas dosa (mereka), tetapi menjadi kewajipan (mereka) untuk menyeru yang lain untuk bertakwa"-Surah Al-An'am: 6:69

Alhamdulillah, selangkah lagi ke arah bertemu-Nya. Terfikir, adakah saya akan bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan beriman, atau sebaliknya? Doa saya, pastinya mahu bertemu dengan-Nya dalam keadaan beriman. Saya tidak mahu berjumpa tuan saya dalam Dia berkeadaan murka terhadap saya. Adalah menjadi kewajipan untuk saya menjadi hamba-Nya yang bertakwa, dan menjadi kewajipan juga untuk mengajak yang lain untuk sama-sama bertakwa. InsyaALLAH :-)

Dia sudah memberikan saya peluang dalam melihat dunia selama 24 tahun. Satu jangka masa yang panjang bagi saya. Dalam tempoh tersebut, saya telah melalui jatuh dan naik dalam kehidupan selaku hamba-Nya yang hina. Cuma, pada harijadi kali ini, saya dapat merasai saya telah mendapat hadiah terbaik dari Allah s.w.t. Apa hadiah terbaik itu? Allah s.w.t telah memberikan saya kekuatan untuk bangun menyembah-Nya di kala waktu itu adalah waktu yang paling enak dan lena dibuai mimpi.

Bagi saya, itulah hadiah yang terbaik. Saya telah lama menginginkannya, namun dek kerana diri yang serba kekurangan ini sering melakukan kekhilafan, peluang itu tidak kunjung tiba. Namun bersyukur kepada-Mu Ya Allah, kerana Kau sudi memberikan peluang kepada hamba-Mu yang hina ini. Terima kasih sangat-sangat. (^^,)

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

Read more...

25 benda tentang saya

25 ciri-ciri ini saya senaraikan berikutan kehendak kawan saya di dalam blog beliau. Di bawah ini adalah tugasannya, jadi saya pun lakukan. Kena jaga hati kawan demi Allah.(,^^)--

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you If I tag you, its because i want to know more about you"

1) Mahu mendirikan baitulmuslim.(^^,)v.
2) Suka fikir untuk jadi pemimpin
3)Berimpian untuk menjadi ikhwanul muslimin yang sejati. Doakan ye.
4)Sentiasa merasai masa tidak mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab yang besar
5)Tidak kisah dan memilih dalam hal makanan. Semestinya Suci dan Halal
6)Tidak menyukai ais
7)Berimpian untuk melihat saf surau di UniKL MFI penuh di kala subuh dan isyak
8)Suka fesyen dan barang berjenama, tapi tidak untuk fesyen yang berjenama yahudi. Boikot! Sokong barangan buatan Malaysia-Seed/Padini/etc (^^,)
9) Tagline saya-Biasa-biasa sahaja
10)Kurang menghargai pujian
11)Berharap untuk meluaskan jaringan ikhwan. Ukhwah di kalangan ikhwan sangat seronok :)
12) Tidak kepada "COUPLE". Haram. Nanti mesti ada adengan pegang memegang, sayang menyayangi. Tidak perlu lah. Saya tidak berani mengkhianati Allah s.w.t.
13)Setiap hari bertekad untuk menjadi lebih baik dari hari yang sebelumnya.
14)Sangat suka membaca. Walhal, dahulu saya paling tidak suka membaca. Terima kasih Allah s.w.t.
15)Saya sayang sangat-sangat Emak (Zaleha Bt Montel), Ayah(Rosli B Othman), Akk (Nursyahida), Din (Mohd Azizuddin), Adik (Siti Nur Sarah) dan Jaja (Syaidatul Feeza). Biarlah keluarga saya kekal sehingga ke syurga. Amin.
16)Bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektronik dan PhD di dalam Bidang Pengurusan dan Pentadbiran (Sains Sosial)
17)Ingin melihat Daulah Islam di bawah Fi zilal Quran sebelum bertemu Allah s.w.t
18)Berimpian untuk membawa Emak dan Ayah tersayang menunaikan haji bersama
19)Ingin menimba ilmu di dalam bidang perundangan syariah dan negara.
20)Ingin menjadi seorang pendebat yang hebat demi menyebar dan menegakkan syiar islam
21)Menanamkan tekad untuk bercakap perkara-perkara syahadatul haq.
22)Ingin memahami sebaik mungkin sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan pemikiran As-syahid Imam Hassan Al-Banna dalam membantu ke arah khilafah
23)Saya suka kereta Ssang Yong Rexton. Besar. Boleh bawa ramai ikhwan pergi usrah,rehlah dan jaulah. Hee~~
24)Saya suka gadget. DSLR Nikon+Sony Vaio+Ipod+Blackberry+etc. Namun sedar diri tidak mampu. Jadi hanya sekadar suka:)
25)Paling penting-ALLAH TUJUAN KAMI, RASULLAH TELADAN KAMI, AL-QURAN PEDOMAN HIDUP KAMI, JIHAD JALAN JUANG KAMI, MATI DI JALAN ALLAH ADALAH CITA-CITA KAMI. InsyaALLAH (^^,)

InsyaALLAH, perubahan ini dimulakan dengan niat hanya untuk-Nya, dan diakhiri dengan,

Assalamualaikum.
Dengan itu, sehingga berjumpa lagi.
Shah Redza Rosli.
rshahredza.blogspot.com

Read more...

Profesion Daie

Profesion Daie
Sungguh Kacak dan Bergaya.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP