Bebelan kepada Al-Khawarizmi: Iqra!
Tuesday, March 3, 2015
Assalamualaikum (sambil batuk-batuk sedikit),
Tarikh terakhir entri saya bertarikh 25 Ogos 2012
Hari ini saya kembali dengan bergaya pada 3 Mac 2015.
Hampir 3 tahun, blog ini dibiarkan berhabuk, bersawang dan bersarang lebah (tidak kepada sarang tikus. Geli Hei!)
Enggggg (Bunyi vakum).
Alhamdulillah, blog ini kembali bersih,suci lagi bergaya.
Saya, dahulu(2011-2014) yang Sir Redza, kini telah menjadi Mr. Mama.(2015). Namun, Ingatan saya masih segar kepada para pelajar saya yang berada di Sri Ayesha. Hari ini, 3 Mac 2015, hari yang sangat mendebarkan bagi para guru,ibu bapa dan pelajar SPM 2014. Mengimbas kembali kenangan-kenangan ketika menunggu keputusan para pelajar SPM Al-Farabi batch 2013, terasa kecut perut saya yang dahulunya Enam Petak (Okey ini serius menipu). Risau, apakah mungkin keputusan mereka cemerlang atau sebaliknya. Adakah saya berkongsi dengan mereka ilmu-ilmu matematik yang betul? Paling merunsingkan, jika keputusannya tidak baik, menjawablah dengan Puan Azizah(Pengetua) dan Mr. Fauzi(Presiden) diiringi peluh besar mengalir deras. Wahaha~~ Pelbagai fikiran negatif yang menerpa di kotak pemikiran sungguh menggusarkan hati. Jikalah fikiran-fikiran negatif ini diumpamakan kanak-kanak comel yang giginya berlubang sedang bermain, pasti saya akan mengangkat kanak-kanak tersebut perlahan-lahan dari tempatnya bermain lalu membalingnya jauh-jauh. Bunyi kejam kan? haha. Itu hanya perumpamaan, jangan serius sangat ye.
Alhamdulillah, untuk subjek Matematik yang saya ajar, majoriti pelajar "batch" 2013 telah berjaya mendapat A. Apa yang paling penting, saya amat lega kerana saya tidak mengajar mereka ajaran sesat. Wahaha. Itu SPM 2013.
Rupa matematik di Universiti insyaALLAH. Bila buat, rasa macam makan Strawberi. wahaha~~
Sekarang, batch SPM Sri Ayesha 2014,kelasnya bernama Al-Khawarizmi yang berjumlah 21 orang, debarannya juga terasa, tetapi tidaklah berdebar seperti berada di Sri Ayesha, memandangkan kini saya berada di Mesir insyaALLAH sehingga November 2016. Kepada hadek-hadek Al-Khawarizmi, IQRA! Bacalah bebelan versi blog ini dengan tenang dan gemvira! Sebagai bekas guru matematik anda semua yang bergaya, Sir ingin mengingatkan kalian kepada DUA perkara:-
1. SILA GUNAKAN MASA YANG TERLUANG DENGAN SEBAIKNYA
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian". [Al-Asr:-103 :1-2]
Sir yakin, awak semua mesti banyak masa terluang kan? Sir mengandaikan masa-masa yang awak semua ada ibarat awak semua boleh bergolek-golek beribu-ribu kali tanpa sesiapa pun mengganggu. Gunakanlah masa lapang yang masih ada, untuk perkara-perkara yang bermanfaat. Pergilah buat khidmat masyarakat, majlis-majlis ilmu, belajar memasak, dan lain-lain lagi. Siapkan diri awak untuk menghadapi dunia universiti yang mana tiada lagi guru-guru seperti di Sri Ayesha yang akan "Sudu Suap" [Baca: Spoon Feed].
Masa: Kita punya Verharga Sumber. |
2. BELAJARLAH MENJAGA MARUAH DIRI, DAN RASAKAN DIRI DAN MASAMU AMAT BERHARGA!
Wah, seriusnya Sir Redza! [Ececece]. Tapi ini betul. Sir nak ingatkan awak semua, BELAJARLAH MENJAGA MARUAH DIRI, DAN RASAKAN DIRI DAN MASAMU AMAT BERHARGA!
"Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan seta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [Al-Asr:- 103: 3]
Kenapa BELAJAR MENJAGA MARUAH DIRI? Tidak kisah awak lelaki mahupun perempuan, awak akan terjebak di dalam universiti yang mana majoritinya akan merendahkan maruah mereka sendiri. Mula terjebak dengan kisah cinta Romeo dan Juliet yang disulami dengan panahan Dewa Kulprit [iklan: bayangkan Sir Tendang dewa kulprit ni dengan 'flying kick'], ikhtilat lelaki dan wanita tidak terkawal, dan pelbagai lagi dugaan yang awak semua bakal hadapi. Untuk berhadapan dengan semua itu, RASAKAN DIRI DAN MASAMU AMAT BERHARGA! Sila letak matlamat yang ingin awak semua capai. Tulis! Contohnya;
Anugerah Dekan 2015.
Sebab nak Dapat anugerah Dekan, Mama dan Daddy bagi kahwin 2016. Yeay.
okey itu Sir memandai. kikiki.
Bila ada matlamat, pastinya awak semua sibuk dan tiada masa untuk tercucuk panahan dewa yang telah Sir sepak sebentar tadi. Hargailah masa yang masih berbaki sebelum awak menjejak kaki ke universiti, dan bila telah menjejaknya, manfaatkan masa-masa yang ada dengan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan pahala dan redha Allah.
Jika ada yang ingin berchenta, kata ini kepada mereka. [Kredit]
Sebelum berakhir, Sir ingin mengambil kesempatan untuk mengucapakan "Selamat Hari Raya Aidifitri", Eh, terima kasih kepada Al-Khawarizmi, Sir kembali di dunia blog setelah hampir tiga tahun blog ini berbunyi Cengkerik. Tahniah juga Sir ucapkan kerana telah berjaya membaca habis bebelan Sir di dalam sini. Di akhir entri ini, Sir nak buat pengumuman, yang Sir redha dan halalkan segala ilmu yang Sir kongsikan sepanjang kita berada di Sri Ayesha. Sir harap awak semua juga begitu. Sir juga memohon maaf sekiranya Sir tersalah bahasa,tersilap kata, buat lawak tak jadi@hambar, terkongsi ajaran-ajaran yang mana kesahihan diperlukan, dan segala macam lagi kekurangan yang pelbagai sebagai insan. Maaf juga Sir tak berkesempatan untuk sesi tisu dan lap air mata di atas perpindahan Sir, Kak Humaira dan Ayyash Abyan ke Mesir. Kerna, sesungguhnya ia tidak macho dan mengurangkan peratus 'bergaya". Akhir sekali, kepada Al-Khawarizmi:-
Al Khawarizmi bersama guru kelas mereka, Sir Rahman. Kredit kepada gambar Atiqah Hebat.
Haziq Najmi|Zainul Ariffin|Zafran|Amir Korea|Faris Akmal|Ammar Syahmi|Fadhlul Nuaim|Amin|Arshad Sunarwan|Putra Syamil
Maryam Jameelah[MJ]|Atiqah hebat|Hidayah Khalid|Ainul Mardhiah| Anis Maryam|Nurin Aisya|Anati|Izzah Madihah| Amira| Khadijah|Nur Sakina
Sir doakan awak semua menjadi insan yang bermanfaat kepada masyarakat. Taat kepada perintah Allah,Nabi, Rasul dan ibu bapa. Seterusnya, sukses di dunia dan akhirat. Amin.
Yang mengingati Al-Khawarizmi di bumi Mesir:-
Sir Redza
10:22 am. 3 Mac 2015
Bawwabat Tani, Hayyi Asyir
Mesir.
Read more...